Thursday, August 13, 2009

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Semporna

Kepada semua rakan-rakan belia sama ada ahli UMNO atau sebaliknya. Bagi pihak Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Semporna sesi 2008/2011, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi melayari blog rasmi kami. Adalah menjadi harapan kami selaku pimpinan yang baru setahun jagung ini agar rakan-rakan semua dapat berkongsi pandangan dan idea-idea yang bernas agar dapat kami laksanakan aktiviti-aktiviti yang relevan dengan kehendak semasa melalui blog yang akan dilancarkan dengan rasminya sedikit masa lagi. Kami juga menerima segala komen dan kritikan yang membina asalkan ianya dilakukan demi kebaikan masyarakat di daerah Semporna khasnya dan Sabah dan Malaysia umumnya. Di harap juga rakan-rakan yang ingin memberikan kritikan itu biarlah dilakukan dengan niat yang ikhlas tanpa menyentuh isu-isu peribadi seseorang individu.

Objektif blog ini di wujudkan adalah bagi memastikan semua ahli-ahli pemuda UMNO bahagian Semporna tidak kira yang berada di daerah Semporna mahupun yang sedang berkhidmat atau tinggal di luar daerah Semporna agar dapat mengambil bahagian didalam merangka aktiviti yang difikirkan perlu untuk di laksanakan di daerah Semporna. Di blog ini juga bolehlah kita membincangkan isu-isu terkini yang hangat diperkatakan didalam negara.

Bersesuaian dengan peranan Pergerakan Pemuda diawal pengwujudannya pada bulan Ogos 1949, Pemuda adalah jambatan para belia dan ahli-ahli pemuda dengan kepimpinan bahagian ataupun wakil-wakil rakyat, oleh yang demikian dengan pengwujudan blog ini dapatlah ahli-ahli pemuda mahupun belia untuk menyuarakan apa juga yang difikirkan perlu untuk diambil berat oleh kepimpinan bahagian mahupun wakil-wakil rakyat di parlimen Semporna. Insyallah, kami selaku pimpinan Pemuda Bahagian Semporna akan memastikan suara rakan-rakan akan di ambil perhatian.

Sekali lagi terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog ini di harap agar dapatlah kita mempergunakan teknologi blog ini untuk kebaikkan semua.

Sekian dan terima kasih.

Pemuda - "Rakan Pembela Rakyat"

mdaziz

8 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t.,
    Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pergerakan Pemuda atas usaha murni dapat menyediakan platform seumpama ini. Saya percaya dengan penuh keyakinan bahawa platform seumpama ini adalah satu kemestian ke arah pembentukan kerjasama positif dan berdaya maju di antara masyarakat dan Pergerakan Pemuda, khususnya masyarakat di Daerah Semporna.

    Pada pandangan saya secara peribadi, usaha ini adalah selaras dengan perkembangan global yang menjurus ke arah dunia tanpa sempadan melalui jaringan maya. PERLU DIINGAT, kepimpinan saudara adalah berada pada zaman berteraskan dunia jaringan maya, di mana masyarakat zaman ini banyak berinteraksi dan mendapatkan maklumat melaluinya. Apa yang ingin saya tegaskan di sini adalah perlunya memberi perhatian serius ke arah 'BETAPA PENTINGNYA BLOG' ini. Kita tidak mahu kelemahan atau kekalahan kita pada masa akan datang disandarkan kepada kurangnya perhatian diberikan kepada 'PERANAN DUNIA MAYA (INTERNET)' dalam menerobosi ruang pemikirian golongan yang dipimpin (masyarakat dalam soal ini).

    Oleh itu, komen dan cadangan saya adalah:
    1. Tumpukan banyak masa dan usaha ke arah pemurnian Blog ini. Contoh: dari sudut 'interactiveness' dan ruang informasi untuk masyarakat setempat.
    2. 'Perluaskan' dan 'Pertajamkan' objektif blog ini yang saya lihat lebih menjurus kepada ruang merangka aktiviti setempat, dan perbincangan mengenai isu-isu peringkat negara (terlalu tinggi rasanya). Sensitiviti dan isu-isu di peringkat setempat mungkin adakalanya lebih relevan.
    3. Blog ini adalah cermin ataupun lambang kepada keperibadian, keseriusan, ketelusan, kekuatan dan kebijaksanaan kepimpinan saudara (dan juga Pergerakan Pemuda Semporna amnya). Cadangan saya, teliti setiap kelemahan dalam ruang blog ini dari segi persembahan, ejaan, ayat, tatabahasa dan sebagainya. Pada masa yang sama, perkasakan kelebihannya.

    Saya percaya saudara lebih mengetahuinya. Tujuan saya memberi komen/cadangan ini adalah semata-mata untuk memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang dipimpin. Saya juga memohon untuk diperbetulkan sekiranya terdapat kelemahan dalam komentar saya di ruang ini.

    Kita mungkin berada di landasan karier yang berbeza, tetapi perjuangan kita adalah sama. Akhir sekali, semoga saudara mampu meneraju Pergerakan Pemuda Umno Semporna untuk lebih berjaya, mapan, dan berkarisma. Wassalam dan InsyaAllah kita jumpa lagi dalam ruangan akan datang.


    Sulaiman bin Tahajuddin@Tanggiling.
    University of Essex, United Kingdom.
    sulaiman@ums.edu.my
    15 Ogos 2009.

    ReplyDelete
  2. Salam untuk semua warga Pemuda UMNO Semporna.

    Tahniah atas kelahiran blog rasmi ini. Semoga blog ini menjadi sumber informasi yang berkesan dan dapat memanjangkan suara pemuda Semporna dengan jangkauan yang lebih luas.

    Semoga Pemuda UMNO Semporna terus berjaya.

    Tahniah.

    mj

    ReplyDelete
  3. Terima kasih dengan pandangan saudara. Apapun blog ini akan dikendalikan oleh seorang ahli jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini apa juga perancangan, aktiviti dan sudut bicara semasa selain membincangkan isu-isu semasa yang belaku tidak kira diperingkat daerah, negeri mahupun negara. Saya hanya memulakan langkah awal didalam pengwujudan blog ini. Apapun, saya akan terlibat secara langsung insyallah. Terima kasih dengan nasihat dan pandangan. Makanya kita mengwujudkan blog ini supaya rakan-rakan pemuda atau masyarakat semporna yang berada diluar daerah seperti saudara dapat sama-sama menyumbang ke arah pembangunan masyarakat di daerah semporna. Wassalam.

    ReplyDelete
  4. KHAS BUAT EN AZIZ (KP) DAN PEMUDA 189 SEMPORNA

    Moga Dapat direnungkan bersama kata-kata di bawah.. Kata-kata Hikmah, penawar bagi hati...

    1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

    2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

    3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

    4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

    5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

    6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

    7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.


    HANYA ALLAH YANG TAHU ....AMIN

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    Saya pada dasarnya sangat bersetuju dengan pandangan saudara eadmasaREKA. Benar dan bernas, walaupun bunyinya agak berfalsafah tapi mudah difahami. Sekian.

    ReplyDelete
  6. Ada mata pandanglah keindahan,
    Ada mulut berbudilah pertuturan;
    Ada hati berilah kesayangan,
    Ada salah silap silalah maafkan.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf Zahir Batin

    Ikhlas Daripada

    MASAREKA
    GRAPHIC & ADVERTISING SEMPORNA

    ReplyDelete
  7. tahniah atas kejayaan menyediakan blog seperti ini.

    ReplyDelete
  8. saya berharap agar kp semporna dapat menyenaraikan nama ajk dan pengerusi serta niab penerusi biro yang ada pergerakan pemuda semporna,ini membolehkan saya dan pengguna blog ini dapat mengenali ahli-ahli ajk dan pengursi serta naib pengerusi biro tuan kp

    ReplyDelete