Monday, November 23, 2009
Pemuda - Rakan Pembela Rakyat
Pergerakan Pemuda UMNO Semporna sentiasa berusaha didalam memastikan golongan yang tidak berkemampuan tidak ketinggalan didalam arus pembangunan. Untuk merealisasikan matlamat itu, dengan kerjasama agensi kerajaan dan individu tertentu, rumah-rumah yang dipaparkan didalam gambar-gambar diatas akan dibaik-pulih melalui Program "Pemuda - Rakan Pembela Rakyat" berkonsepkan gotong-royong bersama ahl-ahli jawatankuasa pergerakan pemuda UMNO Semporna serta ahli-ahli cawangan pemuda. Insyallah, program ini akan menjadi program tahunan yang mana kami akan memastikan rumah-rumah rakyat yang tidak berkemampuan dibaik pulih bagi membolehkan mereka tinggal dirumah yang lebih selesa dan selamat untuk diduduki.
Tajuk Program: "Pemuda - Rakan Pembela Rakyat"
Bilangan Rumah yang akan dibaikpulih: 15 Buah Rumah
Tarikh: 19 Disember 2009
Masa: 9:00 am
Tempat: DUN Sinallang
Perasmi: YB Dato Seri Mohd Shafie Apdal
Semua yang berkesempatan, diharap dapat hadir bagi memberikan sokongan terhadap program ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saudara Aziz and Pemuda Umno Semporna,
ReplyDeleteSatu niat dan usaha yang sangat baik. Semoga mendapat sokongan moral dan material dari semua pihak. Bukannya ramai atau banyak pihak yang mampu melakukan perkara-perkara sebegini. Semoga berjaya.
Sulaiman Tahajuddin.
Essex, United Kingdom.
Assalamualaikum wtb.
ReplyDeleteSyabas atas usaha murni ini. Semoga sukses dalam perjuangan. Teruskan usaha dalam membantu masyarakat kita yang agak daif, dan memerlukan dukungan barisan pimpinan seperti saudara. Budaya turun padang wajar menjadi amalan kita untuk menyelami payah-peritnya mereka, di samping mengetahui masalah yang sebenar. Hikmahnya pasti mengiringi perjuangan.Salam,
Abdul Nasir Hj. Paisal,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,
Tuaran, Sabah.
saudara yang hormati.. tahniah di atas usaha murni yang dijalankan selama ini semoga ia akan menjadi ikutan kepada semua pihak... saya ingin memberi cadangan iaitu berkenaan kelas-kelas UPSR peringkat kampung. Jika dapat kelas peringkat kampung di adakan anjuran tuan... Insya-allah saya bahagian unit pengurusan kurikulum akan berusaha memberi latihan ringkas kepada tenaga pengajar peringkat kampung yang saudara lantik. mungkin ada sedikt masalah dari segi elaun kepada tenaga pengajar dan kelayakan.. elaun jika yuran dikenakan serendah mungkin dan ditambah sedikit dengan elaun dari agensi lain.. kelayakan lepasan STPM paling minima..boleh dibimbing..ins allah..
ReplyDeleteSyabas atas usaha murni anda dn semua ahli jawatankuasa Pemuda Semporna, harap ianya berterusan....
ReplyDelete