Monday, December 28, 2009

Kursus Jati Diri Pemuda Semporna di Ranggu Resort Tawau.

Para peserta Kursus Jati diri

Pada 19hb. Disember 2009, Pergerakan Pemuda UMNO P. 189 Semporna telah meganjurkan kursus pemantapan Jati diri BTN di Ranggu Tawau bermula pada 19hb - 21hb di mana hampir 84 pemuda mengambil bahagian termasuk ketua-ketua pemuda cawangan. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Zubir Zabidi Exco Pergerakan Pemuda merangkap ketua pergerakan Pemuda Alor Setar, Kedah.Turut hadir pada malam perasmian tersebut, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Semporna En Mohd Azis Hj Jamman, ahli-ahli jawatankuasa pergerakan pemuda Umno Semporna dan Fasilatator BTN. Dalam ucapan beliau pada malam perasmian kursus itu, En Zubir menekankan betapa pentingnya erti perpaduan dan kesepakatan dalam sesebuah negara tanpa mengambil kira bangsa dan agama. Beliau juga turut menyeru kepada semua pemuda untuk berusaha memajukan diri dari semua aspek. Sepanjang kursus itu dijalankan, semua peserta menyuarakan rasa puas hati dan berterima kasih kepada Pergerakan Pemuda Umno Semporna kerana menganjurkan kursus yang sedemikian rupa dan berharap agar kursus ini diadakan secara berterusan. Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih kepada En Zubir Zabidi atas kesanggupan beliau hadir ke majlis perasmian kursus tersebut.

1 comment:

  1. satu usaha yg baik..tp jgn hangat2 taik ayam n nak publisiti muruhan serta kejar projek saja... ini satu realiti bukan imaginasi di semporna. wang adalah raja..yg kaya dijunjung, yg miskin pandai2 la cari makan.tp ada juga pemimpin yang baik dan boleh dibanggakan spt YDH Datuk Seri MOHD SHAFIE AFDAL..yg lain tu, harap title je YB (yang berhormat) tp sebenarnya Yang Busuk..masuk politik bukan untuk berkhidmat tp naik kaut keuntungan...

    ReplyDelete