Thursday, January 7, 2010

Pelancaran Van Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Semporna



Pergerakan Pemuda UMNO Semporna telah mengwujudkan unit bergerak pergerakan pemuda dimana van ini bakal digunakan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan selain ianya juga boleh digunakan sebagai kenderaan bagi membantu pihak hospital menghantar pesakit ke Hospital Tawau jika berlaku kekurangan ambulan. Van ini juga akan digunakan bagi membolehkan program pemuda masuk kampung dapat di adakan sekerap yang mungkin. Pelancaran ini telah di sempurnakan oleh Sdr. Azman Hj Ruslan, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah serta diperhatikan oleh exco Pergerakan pemuda UMNO Malaysia iaitu Sdr. Zubir Zabidi, Sdr Jamawi Jaafar, Sdr Mohammad Alamin (Ketua Pemuda Kimanis) dan Sdr Ariffin Kassim (Ketua Pemuda Tawau)

No comments:

Post a Comment