Thursday, January 7, 2010

Sekitar Karnival Sukan Rakyat (KASURA) 2009 anjuran bersama Pergerakan Pemuda dan Kelab Belia Perdana Semporna

















Sebagai satu lagi usaha pergerakan pemuda untuk mendekatkan diri dengan golongan belia, pergerakan pemuda dengan kerjasama Kelab Belia Perdana telah menganjurkan KASURA 2009. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah 1. Lari Dalam Guni 2. Lari membawa telur 3. Menganyam Ketupat 4. Futsal Bersarung Wanita dan 5. Lari atas Bata. Program ini berlangsung selama 2 hari bermula pada 30 - 31 Disember. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dato Dr. Junaidy, Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Objektif program ini adalah bagi membolehkan hubungan diantara pemimpin dengan rakyat akan bertambah erat selain bagi mengalakkan masyarakat semporna menceburkan diri dengan aktiviti-aktiviti sihat. Bagi pihak para belia di daerah semporna juga, Ketua Pemuda UMNO Semporna didalam ucapannya telah memohon agar satu pusat Gym diwujudkan di daerah semporna bagi kegunaan para belia dan alhamdulillah permohonan itu telah mendapat kelulusan daripada pihak kementerian. Tahniah kepada pemuda UMNO Semporna atas permohonan dan kelulusan tersebut.

1 comment:

  1. Terima kasihlah kepada pemuda Semporna yang aktif bergerak memajukan pelbagai program rakyat inilah dikatakan 'Pemimpin bersama rakyat' dalam kajian saya sepanjang pemerhatian program ini dijalankan adalah baik untuk menyedarkan bahawasanya rakyat selalu 'diambil tahu'dari semasa ke semasa.....

    ReplyDelete