Monday, September 20, 2010
Program Gotong Royong Bersama belia Kg Tongkalloh Semporna
Kira-kira 500 orang belia mengambil bahagian dalam program gotong-royong membersihkan kawasan Sk Tongkalloh di Kampung Tongkalloh pada 09hb September 2010 lalu. Program turut disertai oleh warga sekolah sendiri, penduduk kampung dan sekitarnya, Pergerakan Pemuda UMNO, Pergerakan Puteri UMNO dan pelajar-pelajar Kolej Poly-Tech MARA Cawangan Semporna. Objektif kepada program ini adalah untuk mengeratkan hubungan diantara pemimpin, ibubapa, guru dan pelajar yang mana pelajar-pelajar berpeluang berkenal-kenalan antara satu sama lain, duduk semeja bersama pemimpin disamping bertukar-tukar pendapat sambil melakukan kerja amal sempena ketibaan bulan Ramadhan yang mulia selain memaklumkan tentang kewujudan Kolej baru di Semporna. Program seperti ini sering dilakukan oleh Pergerakan Pemuda di Semporna dan ini adalah sekian kalinya bagi bagi sama-sama menyahut slogan 1 Malaysia. Dalam acara perisian, pertandingan karaoke diselitkan untuk memeriahkan lagi program ini sambil bersantai bersama golongan belia yang merupakan saraf tunjang negara. Keletihan bergotong-royong tidak terasa kerana banyak acara perisian yang diselitkan. Ketua Pergerakan Pemuda En. Mohd Azis Hj Jamman dalam ucapannya, golongan belia adalah golongan yang sensitif dan agresif dan harus diberi perhatian yang lebih kerana jiwa mereka yang selalu ingin tahu. Dengan mengadakan program seperti ini, kita dapat lihat hubungan baru yang terjalin dikalangan belia ketika ini memang menarik sekali dan kita dapat membanteras gejala negatif dikalangan remaja sedikit demi sedikit. Kita tidak memaksa atau memberi tekanan kepada golongan muda ini untuk berubah menjadi baik tetapi haruslah kita bertindak perlahan-lahan dan profesional dalam membentuk golongan muda ini ke arah yang lebih positif dengan memberi pendedahan yang membolehkan mereka langsung tidak ada masa untuk pergi lepak tanpa tujuan dan berpeleseran tanpa haluan contohnya dengan mengadakan program gotong-royong dan kerja amal seperti ini. Dalam pada itu, dalam program bicara bersama 2 orang Exco Pergerakan PemudaUMNO Malaysia Sdr Lokman Adam dan Sdr Jamawi Jaafarbertujuan untuk memberi kefahaman tentang perjuangan sebenar PKR yang hanya bercorak kepentingan peribadi di mana kalau dilihat pengasas PKR Anwar Ibrahim yang bernafsu besar untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup melakukan apa sahaja cara sekalipun untuk mencapai niatnya walaupun caranya itu akan mengakibatkan maruah bangsa sendiri akan tergadai. Ketua Pemuda UMNO Semporna, En Mohd Azis Hj Jamman berseru kepada yang hadir serta golongan belia terutamanya supaya jangan sesekali percaya kepada janji-janji yang ditaburkan oleh parti pakatan seperti PKR dan yang lain kerana ianya hanya bertujuan untuk kepentingan peribadi pengasas parti itu sendiri, kita tidak akan menerima kehadiran Anwar Ibrahim ke Semporna dan meminta semua ahli pergerakan pemuda bersatu untuk menentang sekeras-kerasnya yang kita benar-benar tidak sudi menerima kehadiran Anwar Ibrahim ke daerah kita ini, kita tidak memerlukan pemimpin yang berusaha untuk kepentingan diri sendiri tanpa mengambil kira kepentingan rakyat yang menyebabkan rakyat menderita. Dan beliau menegaskan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Semporna akan terus bekerja keras untuk mendokong dan sedia bekerja dengan kepimpinan di Parlimen Semporna khasnya kepada wakil-wakil rakyat. Di akhir ucapan beliau, sekali lagi beliau berpesan kepada semua yang hadir supaya janganlah sekali-kali termakan pujuk rayu parti pakatan sebaliknya sama-samalah mempertahankan kepimpinan yang sedia ada sekarang ini, janganlah mengambil kesempatan untuk merosakkan bangsa sendiri hanya kerana sedikit kesilapan kerana kalau dilihat seperti kita ini adakalanya kita gagal memenuhi setiap permintaan untuk satu orang apatah lagi seorang pemimpin yang berusaha untuk memenuhi kehendak semua rakyat, sama-samalah kita fikirkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment