Saturday, December 12, 2009

Adakah Dato Seri Nazri Aziz perlu hadiri kursus BTN!!!

Memetik kepada kenyataan media Dato Seri Nazri Aziz di ruangan The Star bertarikh 8 Disember 2009, berkenaan Tun Dr Mahathir sebagai "racist" kerana mempertahankan modul BTN sebenarnya agak keterlaluan. Saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna agak terkejut kerana saya tidak nampak dimana sebenarnya kenyataan Tun yang berunsur racist bila beliau bertindak mempertahankan modul BTN dan berharap ianya perlu dikekalkan setelah parti-parti pembangkang bertindak mengkritik dan menghentam modul BTN ini. Modul BTN sudah diguna pakai sejak 2o tahun lepas dan ianya berjaya membentuk satu rakyat malaysia yang harmoni dibawah satu bumbung. Adakah Dato Seri Nazri Aziz selama ini beranggapan bahawa modul BTN adalah racist tetapi bersikap diam diri? Atau adakah hanya kerana Yang Amat Berbahagia Tun bertindak untuk mempertahankan modul ini barulah beliau berani mengeluarkan kenyataan seperti ini dan bertindak menyebelahi parti pembangkang disebabkan beliau membenci negarawan yang dulunya melantik beliau sebagai menteri? Bukankah dulu tangan Yang Amat Berbahagia Tun sering menjadi tangan yang disalam dan dicium oleh beliau setiap hari? Adakah Dato Seri Nazri Aziz sebenarnya menyebelahi pakatan pembangkang apabila parti-parti pembangkang ini bertindak mengkritik BTN dan bertindak mengharamkan kakitangan kerajaan negeri dinegeri-negeri yang dikuasai parti pembangkang?

Saya sebenarnya berharap agar pemimpin yang sering angkat kaki seperti YB Dato Nazri Aziz ini perlu digugurkan daripada kabinet. Beliau adalah liabiliti kepada UMNO kerana sifat bongkak dan sombong beliau ini akan mengakibatkan rakyat meluat. Jangan sampai usaha YAB PM untuk mengembalikan keyakinan rakyat melalui konsep 1Malaysia ini terjejas dan sia-sia disebabkan ada pemimpin yang duduk di dalam barisan kabinet beliau yang sering cuba menjadi hero dan kaki bodek kepada YAB PM seperti YB Dato Nazri ini.

Walaupun ini hanyalah pendapat peribadi saya tanpa dipengerahui oleh mana-mana pihak, namun saya yakin ramai lagi pemimpin UMNO di luar sana bersetuju dengan saya bahawa pemimpin seperti YB Dato Nazri ini perlu digugurkan. Beliau sepatutnya berusaha untuk mengelakkan wujudnya konflik diantara YAB PM dengan YABhg Tun Mahathir, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Saya mencabar YB Dato Nazri melalui ruangan blog ini tentang dimanakah sebenarnya kenyataan YABhg Tun yang berunsur racist? Tun hanyalah mengeluarkan pendapat beliau setelah ditanya oleh pihak media dan beliau bercerita berpandukan kepada pengalaman beliau sebagai bekas PM Malaysia dan keyakinan beliau bahawa modul BTN tidak sedikit pun berunsur perkauman.....

Sekian dan Terima Kasih

No comments:

Post a Comment