Tuesday, March 2, 2010

Program Mesra Rakyat Anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Semporna




Semporna, 28 Feb 2010 - Pergerakan Pemuda UMNO Semporna telah menganjurkan Program Mesra Rakyat yang disempurnakan oleh YB Dato Mukhriz Tun Mahathir di Kampung Bubul Semporna. Di dalam ucapannya, YB Dato Mukhriz telah menekankan bahawa pentingnya bagi rakyat Malaysia menghargai keharmonian kaum yang telah sekian lama terjalin sehingga menjadikan Malaysia merupakan satu-satunya negara yang boleh hidup dalam keadaan aman walaupun mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO juga telah berjaya meletakkan nama Malaysia ini dipentas antarabangsa. Jasa-jasa kerajaan Barisan Nasional didalam memastikan tiada rakyat yang terpinggir perlu diberi pengiktirafan dan dipertahankan.YB Dato Mukhriz juga telah menasihatkan masyarakat didaerah Semporna agar tidak terpengaruh dengan hasutan dan mainan politik parti pembangkang khasnya Anwar Ibrahim yang sering mencari jalan untuk mengwujudkan keadaan kucar-kacir di dalam negara dan memecahbelahkan kaum demi cita-cita politik iaitu ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Hubungan parti-parti pembangkang didalam pakatan rakyat juga sebenarnya hanyalah hubungan tanpa keserasian kerana perbezaan ideologi ketara antara mereka hingga mengakibatkan akhir-akhir ini ramai pemimpin-pemimpin mereka sendiri bertindak keluar daripada parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Golongan muda juga diingatkan agar tidak terpengaruh dengan isu-isu lapuk seperti isu Anwar Ibrahim sebenarnya adalah mangsa konspirasi kerana jika benarlah Dato Seri Anwar tidak bersalah, beliau tidak sepatutnya mencari pelbagai helah demi menangguh dan melewat-lewatkan perbicaraan kes liwat beliau di Mahkamah. Dato Seri Anwar sepatutnya tidak mahu kes itu berlarutan kerana pastinya beliau mahu nama beliau secepatnya dibersihkan melalui keputusan mahkamah. Isu-isu seperti mahkamah berat sebelah, pihak polis adalah agen kerajaan, dan SPRM bersifat memilih bulu sebenarnya adalah isu lama yang digunakan oleh Dato Seri Anwar bagi mengwujudkan keraguan keatas institusi-institusi berkecuali tersebut oleh rakyat. Dalam pada itu juga, pemimpin dan ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi juga diingatkan agar terus bersatu dan berhenti bercakaran sesama sendiri kerana perpecahan seperti itu akan mengakibatkan parti menjadi lemah. Ahli-ahli UMNO juga perlu berjuang dengan ikhlas dan tidak terlalu memikir kepentingan diri. Dalam majlis yang sama, YB Dato Mukhriz mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sdr Mohd Azis B Hj Jamman selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Semporna dan Sdr Mahadi Jaya selaku ketua masyarakat di Kampung Bubul kerana menganjurkan program yang sememangnya menepati saranan YAB Perdana Menteri Malaysia agar mendahulukan rakyat, prihatin terhadap kesusahan rakyat dan yang paling penting membantu kepimpinan didalam memastikan segala permasalahan rakyat dapat diambil perhatian. Pada majlis itu juga YB Dato Mukhriz telah membuat sumbangan peribadi kepada 20 orang fakir miskin berbentuk keperluan harian rumah dan wang tunai bagi membantu meringankan beban harian mereka. Dalam program yang sama juga, Pergerakan Pemuda UMNO Semporna melalui ketuanya Sdr Mohd Azis Bin Hj Jamman telah menyerahkan sumbangan berbentuk peralatan sukan kepada 50 orang sukarelawan Karnival Sukan Rakyat (KASURA) anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Semporna pada 31 Disember 2009 yang lepas. Penerima adalah terdiri daripada Ketua-Ketua Pemuda Cawangan yang telah sukarela untuk membantu bagi menjayakan Karnival Sukan Rakyat yang lepas. Terdahulu daripada itu, YB Dato Mukhriz telah menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah di Pulau Mabul Semporna. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Sdr Jamawi Jaafar selaku Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenom, Puan Manis Muka Bt Hj Dara Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Semporna, Ketua Kampung Bubul Semporna, Wakil daripada Pergerakan Putri UMNO Bahagian Semporna serta semua ahli jawatankuasa pergerakan Pemuda UMNO Semporna.

1 comment:

  1. kehadiran YB Dato Mukhriz Tun Mahathir di Kampung Bubul Semporna, telah membuka ruang kepada masyarakat Semporna mendekati pemimpin dengan rakyat, dengan ini diharapkan pemuda UMNO sekarang ini, selalulah melihat kesusahan rakyat yang ada disekeliling kita, bukan sekadar bila bila pilihanraya sampai barulah bersusah payah melaung untuk menyelesaikan perihal masalah rakyat sahaja, tapi bila pula habis pilihanraya..suasana menjadi suram seolah kisah rakyat tidak diindahkan lagi...inilah kebimbangan kita sekarang...'Syok sendiri,' bukanlah saya tuduhan sesiapa pun, kita sebagai penganut Islam amat terkenal dengan pemengang amanah dari Allah SWT jalankan secara ikhlasnya...jagalah kebajikan rakyat...'Sesungguhnya pemimpin yang mendekati orang-orang bawahannya dia dikasihi Allah SWT'...Amin

    ReplyDelete