Tuesday, July 13, 2010

" JOM TENGOK BOLA BERSAMA PEMUDA UMNO SEMPORNA"









Selaras dengan demam bola Sepak, FIFA World CUP yang akan berakhir, Tn. Hj. Aldam Hj. Abdullah Pengerusi Biro Belia Dan Sukan Pergerakan Pemuda Umno Semporna dengan kerjasama Pemilik Restoran Nur Jannah telah menganjurkan program " Jom Tengok Bola " sempena perlawanan akhir antara Sepanyol dan Belanda di Perkarangan Restoran Nur Jannah Taman Sempul yang dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Semporna,En. Mohd Azis bin Hj Jamman, yang turut dihadiri lebih kurang 1000 orang belia serta peminat bola sepak. Dalam ucapan beliau pada malam perasmian tersebut,beliau merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada yang sudi hadir ke program yang julung kalinya diadakan di Semporna dan dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Semporna dibawah seliaan Yang Berbahagia En Mohd Azis Hj Jamman. Beliau tidak menyangka program ini akan mendapat sambutan yang baik kerana masa perlawanan adalah masa yang sesuai untuk tidur dan berehat di rumah iaitu pada pukul 02.30 pagi,tetapi oleh kerana semangat kesukanan dan semangat luar biasa yang ada dalam diri pemuda-pemuda sekarang, mereka berfikiran terbuka untuk sama-sama menonton perlawanan final bersama Ketua Pemuda dan Pergerakannya dan menyokong sepenuhnya kepada program ini. Pada malam program tersebut, ada 4 acara yang dianjurkan sebagai aktiviti sementara menunggu masa perlawanan. Antaranya Acara Teka Bola iaitu meneka jumlah goal kedua-dua pasukan, kedua, acara Timang Bola, ketiga, acara Penalty iaitu menendang bola ke gawang goal dalam keadaan mata ditutup dan yang keempat,acara pertandingan tarian shuffle untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Salah seorang dari yang hadir malam itu En Norsyarfizan bin Madsakiran mengatakan bahawa inilah kali pertama anjuran seperti ini diadakan di Semporna,beliau merakamkan terima kasihnya kepada KP Umno Semporna dan Pergerakannya bagi pihak belia-belia kerana peka dan perihatin kepada kehendak dan citarasa belia kini.

No comments:

Post a Comment