Wednesday, July 14, 2010

















PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEMPORNA

Pada 24hb. Jun 2010, Pergerakan Pemuda UMNO Semporna telah mengadakan Persidangan Tahunan kali ke-18 di Dewan Sulabayan Floating Semporna yang dirasmikan oleh YB. En. Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar, Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, juga turut dihadiri oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Barisan EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Pemuda UMNO Sabah, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Sabah, Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Sabah,Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian serta barisan Kepimpinan Pemuda MIC Negeri Sabah. Persidangan yang dihadiri oleh lebih 1000 orang perwakilan dari semua cawangan Pemuda UMNO Bahagian Semporna itu menampakkan semangat jitu dan sokongan padu ke atas Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna. Kesungguhan perwakilan ke atas komitmen UMNO yang memang layak memimpin sesebuah Negara nampak terserlah, ini kerana walaupun cuaca kurang baik berikutan hujan lebat dan angin yang agak kencang pada sebelah pagi dan menjelang tengahari, namun perwakilan tetap sabar untuk menunggu waktu persidangan. Ada juga perwakilan yang tinggal jauh contohnya yang berasal dari Pulau datang lebih awal ke lokasi persidangan. Persidangan dimulakan dengan Pendaftaran Perwakilan dan seterusnya bacaan doa oleh Tn Hj Jamil, Pengerusi Biro Agama dan Keahlian Pemuda UMNO Semporna diikuti dengan nyanyian lagu NegaraKu, Sabah Tanah Air Ku, Lagu UMNO dan Ikrar Pemuda. Ketua Pemuda UMNO Semporna mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kehadiran Ketua Pemuda UMNO Malaysia serta delegasi rombongan kepimpinan parti-parti komponen BN. Syabas dan tahniah juga kepada Urusetia, Barisan AJK Pemuda UMNO Semporna kerana kesungguhan dalam memastikan Persidangan ini berjalan dengan lancar. Seterusnya dalam teks ucapan YB Khairy Jamaluddin pula ketika merasmikan persidangan itu, beliau sama sekali tidak menyangka dan sangat terkejut dengan kehadiran perwakilan yang begitu ramai sehingga ada yang terpaksa berdiri di luar Dewan Persidangan sepanjang persidangan berjalan, beliau juga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna kerana sudi menjemput beliau untuk merasmikan Persidangan Tahunan kali ke-18 ini. Beliau juga berpesan kepada Pemuda-Pemuda yang hadir supaya jangan terpedaya dan sentiasa berhati-hati dengan taktik kotor pihak pembangkang yang cuba mengkotak-katikkan kepimpinan UMNO. Justeru itu, beliau juga berharap supaya tahap semangat perjuangan yang ada sekarang ini akan dikekalkan selaras dengan tagline Pemuda UMNO Sabah “ Pemuda – Rakan Pembela Rakyat”.
Pada sesi akhir Persidangan, semua yang hadir sama-sama berjabat tangan sambil berselawat ke atas junjungan suci Nabi Muhammad SAW.

1 comment:

  1. Sebagai pemuda UMNO di kawasan Daerah Semporna serba-sikit telah memberi satu visi yang dimana kedudukan sebagai pemuda UMNO yang dipilih oleh masyarakat Semporna haruslah memberi satu perubahan kepada generasi muda tentang kesedaran penting ilmu pengetahuan terutamanya ilmu agama,....supaya anak-anak kita dapat merasai satu perubahan dalam diri tentang pentingnya ilmu pengetahuan...janganlah kita hanya di atas angin senang melayang tanpa mendarat yang mana tidak merasai kedudukan yang sebenarnya apa yang diperlukan oleh orang-orang bawan kita...Saya teringat kata-kata saidina Ali AR: 'Sesungguhnya didiklah dan asuhlah anak-anakmu sesuai dengan zamannya'(Imam Al-Bukhari), dan Allah SWT telah memesan kepada hambanya yang memimpin dirinya dn diluar dirinya berpeganglah kamu kepada al-Quran, sesungguhnya kamulah akan memberi kebenaran kepada manusia lemah......'Dan aku(Allah) amat melihat kepemimpinan kamu, sesungguhnya kamu tidak melihat Aku(Allah)....dan Aku(Allah) ada dimana-mana walaupun kamu dalam keseorangan diri dalam kepemimpinanmu dan Aku(Allah) akan mengajarmu tentang apa yang kamu tak tahu.'

    ReplyDelete