Monday, September 20, 2010

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pergerakan Pemuda UMNO Semporna
















Sebagai satu lagi pendekatan kepada rakyat dan pemimpin, di bulan Ramadhan yang mulia ini, Pergerakan Pemuda UMNO Semporna mengadakan program berbuka puasa bersama Ketua Pemuda Cawangan di Semua zon yang terpilih. Program bermula di Kampung Pantau-Pantau, Sk Kg Simunul, Kampung Pakalangan, Kampung Larapan, Kampung Simunul Dap-Dap, Kampung Sakong dan Kampung Bugaya Darat. Di setiap program ini, masing-masing ada perisian. Sewaktu berbuka puasa bersama warga SK Kg Simunul, Ketua Pemuda UMNO menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal berupa barangan dapur dan wang tunai yang mana terdiri daripada penduduk Kg Simunul. Majlis ini dihadiri oleh warga Sk Kg Simunul, ibubapa, murid-murid serta ahli jawatankuasa pergerakan Pemuda UMNO Semporna dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam Sk Kg Simunul. Sementara ketika berbuka puasa di Kg Sakong dan Kg Bugaya Darat, program yang sama juga turut diadakan. Semua penerima bantuan terdiri daripada ibu tunggal, warga emas serta golongan orang yang kurang berkemampuan. En Mohd Azis Hj Jamman yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Semporna berkata, sudah menjadi hasrat Pemuda untuk mengadakan program seperti ini sekerap mungkin agar dapat bertemu dan melihat sendiri kehidupan masyarakat setempat agar improvisasi dapat dilakukan bagi meningkatkan lagi taraf hidup mereka, dan apa yang diharapkan semoga bantuan ini akan mengurangkan beban mereka yang kurang mampu untuk menyambut Hari Raya nanti. Beliau juga mengalu-alukan penglibatan seluruh ahli Pergerakan Pemuda untuk bersama-sama meluangkan masa mendekati ahli masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar dan sama-sama mendengar keluhan dan luahan mereka dan sama-sama berkongsi susah senang yang mereka lalui. Walaupun sumbangn ini terlalu kecil tetapi Ketua Pemuda berharap ianya akan meringankan beban individu golongan ini. Program ini di ketuai oleh Tuan Hj Jamil bin Datuk Dr Hamzah yang juga Pengerusi Biro Agama, Keahlian dan Undang-Undang

Program Gotong Royong Bersama belia Kg Tongkalloh Semporna

Kira-kira 500 orang belia mengambil bahagian dalam program gotong-royong membersihkan kawasan Sk Tongkalloh di Kampung Tongkalloh pada 09hb September 2010 lalu. Program turut disertai oleh warga sekolah sendiri, penduduk kampung dan sekitarnya, Pergerakan Pemuda UMNO, Pergerakan Puteri UMNO dan pelajar-pelajar Kolej Poly-Tech MARA Cawangan Semporna. Objektif kepada program ini adalah untuk mengeratkan hubungan diantara pemimpin, ibubapa, guru dan pelajar yang mana pelajar-pelajar berpeluang berkenal-kenalan antara satu sama lain, duduk semeja bersama pemimpin disamping bertukar-tukar pendapat sambil melakukan kerja amal sempena ketibaan bulan Ramadhan yang mulia selain memaklumkan tentang kewujudan Kolej baru di Semporna. Program seperti ini sering dilakukan oleh Pergerakan Pemuda di Semporna dan ini adalah sekian kalinya bagi bagi sama-sama menyahut slogan 1 Malaysia. Dalam acara perisian, pertandingan karaoke diselitkan untuk memeriahkan lagi program ini sambil bersantai bersama golongan belia yang merupakan saraf tunjang negara. Keletihan bergotong-royong tidak terasa kerana banyak acara perisian yang diselitkan. Ketua Pergerakan Pemuda En. Mohd Azis Hj Jamman dalam ucapannya, golongan belia adalah golongan yang sensitif dan agresif dan harus diberi perhatian yang lebih kerana jiwa mereka yang selalu ingin tahu. Dengan mengadakan program seperti ini, kita dapat lihat hubungan baru yang terjalin dikalangan belia ketika ini memang menarik sekali dan kita dapat membanteras gejala negatif dikalangan remaja sedikit demi sedikit. Kita tidak memaksa atau memberi tekanan kepada golongan muda ini untuk berubah menjadi baik tetapi haruslah kita bertindak perlahan-lahan dan profesional dalam membentuk golongan muda ini ke arah yang lebih positif dengan memberi pendedahan yang membolehkan mereka langsung tidak ada masa untuk pergi lepak tanpa tujuan dan berpeleseran tanpa haluan contohnya dengan mengadakan program gotong-royong dan kerja amal seperti ini. Dalam pada itu, dalam program bicara bersama 2 orang Exco Pergerakan PemudaUMNO Malaysia Sdr Lokman Adam dan Sdr Jamawi Jaafarbertujuan untuk memberi kefahaman tentang perjuangan sebenar PKR yang hanya bercorak kepentingan peribadi di mana kalau dilihat pengasas PKR Anwar Ibrahim yang bernafsu besar untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup melakukan apa sahaja cara sekalipun untuk mencapai niatnya walaupun caranya itu akan mengakibatkan maruah bangsa sendiri akan tergadai. Ketua Pemuda UMNO Semporna, En Mohd Azis Hj Jamman berseru kepada yang hadir serta golongan belia terutamanya supaya jangan sesekali percaya kepada janji-janji yang ditaburkan oleh parti pakatan seperti PKR dan yang lain kerana ianya hanya bertujuan untuk kepentingan peribadi pengasas parti itu sendiri, kita tidak akan menerima kehadiran Anwar Ibrahim ke Semporna dan meminta semua ahli pergerakan pemuda bersatu untuk menentang sekeras-kerasnya yang kita benar-benar tidak sudi menerima kehadiran Anwar Ibrahim ke daerah kita ini, kita tidak memerlukan pemimpin yang berusaha untuk kepentingan diri sendiri tanpa mengambil kira kepentingan rakyat yang menyebabkan rakyat menderita. Dan beliau menegaskan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Semporna akan terus bekerja keras untuk mendokong dan sedia bekerja dengan kepimpinan di Parlimen Semporna khasnya kepada wakil-wakil rakyat. Di akhir ucapan beliau, sekali lagi beliau berpesan kepada semua yang hadir supaya janganlah sekali-kali termakan pujuk rayu parti pakatan sebaliknya sama-samalah mempertahankan kepimpinan yang sedia ada sekarang ini, janganlah mengambil kesempatan untuk merosakkan bangsa sendiri hanya kerana sedikit kesilapan kerana kalau dilihat seperti kita ini adakalanya kita gagal memenuhi setiap permintaan untuk satu orang apatah lagi seorang pemimpin yang berusaha untuk memenuhi kehendak semua rakyat, sama-samalah kita fikirkan.















Semporna:





Pada 29hb. Julai 2010 lalu, SK Tongkalloh telah mengadakan program tahunan bersama ibubapa dan guru ( RIMUP ),program ini dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Semporna, En Mohd Azis Hj Jamman. Dalam ucapan beliau ketika merasmikan kajlis tersebut, beliau merakamkan ucapan terima kasih beliau kepada warga Sk Tongkalloh kerana menjemput beliau sebagai perasmi program, di samping itu beliau berpesan kepada ibubapa yang hadir supaya menitik beratkan soal pendidikan di kalangan anak-anak yang masih bersekolah terutamanya sekolah rendah. Ini kerana minat belajar dan membaca haruslah dipupuk sejak kecil dan sentiasa memantau anak-anak untuk memastikan mereka tidak ketinggalan subjek harian dan memastikan anak-anak menyiapkan kerja rumah yang di beri oleh guru masing-masing, jangan meletakkan beban hanya kepada guru tetapi ibubapa adalah guru sepenuh masa kepada anak-anak kerana ibubapa dan anak lebih banyak masa untuk bersama. Justeru itu, ibubapa haruslah mengambil peranan dalam hal pendidikan ini. Dalam ucapan beliau lagi, beliau turut mengulas kajian yang mengatakan kononnya akademik anak-anak Semporna adalah yang terburuk sekali, tetapi beliau menegaskan itu adalah spekulasi yang tidak sihat dan jangan sesekali mempercayainya kerana kalau di lihat sekarang ini, seorang anak jati Semporna telah pun menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan berwibawa juga berjiwa rakyat. Dalam program ini beliau telah menyumbangkan sebuah Genset kepada warga Sk Tongkalloh. Diakhir perasmian program ini beliau mengumumkan perlantikan En Saidien b Hj Bedin sebagai Ahlijawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna yang baru dan ianya disambut baik oleh semua Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda yang sedia ada. Selepas perasmian itu, program diteruskan lagi dengan acara sukanika juga anjuran sekolah yang disertai oleh warga Sk Tongkalloh, ibubapa dan peduduk sekitarnya. Kehadiran Ketua Pemuda dan Pergerakannya disambut baik oleh penduduk kampung kerana bagi mereka beliau adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan tidak akan teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat. Penduduk kampung juga berterima kasih kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno Semporna kesudian meluangkan masa untuk bersukanika bersama penduduk kampung walaupun beliau kelihatan agak letih sedikit kerana sebelum Ke Sk Tongkalloh ini beliau berada di Kampung Tabunan kerana melibatkan diri dalam acara gotong royang membina makam Allahyarham Cikgu Haris

Wednesday, July 14, 2010

















PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEMPORNA

Pada 24hb. Jun 2010, Pergerakan Pemuda UMNO Semporna telah mengadakan Persidangan Tahunan kali ke-18 di Dewan Sulabayan Floating Semporna yang dirasmikan oleh YB. En. Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar, Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, juga turut dihadiri oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Barisan EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Pemuda UMNO Sabah, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Sabah, Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Sabah,Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian serta barisan Kepimpinan Pemuda MIC Negeri Sabah. Persidangan yang dihadiri oleh lebih 1000 orang perwakilan dari semua cawangan Pemuda UMNO Bahagian Semporna itu menampakkan semangat jitu dan sokongan padu ke atas Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna. Kesungguhan perwakilan ke atas komitmen UMNO yang memang layak memimpin sesebuah Negara nampak terserlah, ini kerana walaupun cuaca kurang baik berikutan hujan lebat dan angin yang agak kencang pada sebelah pagi dan menjelang tengahari, namun perwakilan tetap sabar untuk menunggu waktu persidangan. Ada juga perwakilan yang tinggal jauh contohnya yang berasal dari Pulau datang lebih awal ke lokasi persidangan. Persidangan dimulakan dengan Pendaftaran Perwakilan dan seterusnya bacaan doa oleh Tn Hj Jamil, Pengerusi Biro Agama dan Keahlian Pemuda UMNO Semporna diikuti dengan nyanyian lagu NegaraKu, Sabah Tanah Air Ku, Lagu UMNO dan Ikrar Pemuda. Ketua Pemuda UMNO Semporna mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kehadiran Ketua Pemuda UMNO Malaysia serta delegasi rombongan kepimpinan parti-parti komponen BN. Syabas dan tahniah juga kepada Urusetia, Barisan AJK Pemuda UMNO Semporna kerana kesungguhan dalam memastikan Persidangan ini berjalan dengan lancar. Seterusnya dalam teks ucapan YB Khairy Jamaluddin pula ketika merasmikan persidangan itu, beliau sama sekali tidak menyangka dan sangat terkejut dengan kehadiran perwakilan yang begitu ramai sehingga ada yang terpaksa berdiri di luar Dewan Persidangan sepanjang persidangan berjalan, beliau juga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna kerana sudi menjemput beliau untuk merasmikan Persidangan Tahunan kali ke-18 ini. Beliau juga berpesan kepada Pemuda-Pemuda yang hadir supaya jangan terpedaya dan sentiasa berhati-hati dengan taktik kotor pihak pembangkang yang cuba mengkotak-katikkan kepimpinan UMNO. Justeru itu, beliau juga berharap supaya tahap semangat perjuangan yang ada sekarang ini akan dikekalkan selaras dengan tagline Pemuda UMNO Sabah “ Pemuda – Rakan Pembela Rakyat”.
Pada sesi akhir Persidangan, semua yang hadir sama-sama berjabat tangan sambil berselawat ke atas junjungan suci Nabi Muhammad SAW.

Tuesday, July 13, 2010

" JOM TENGOK BOLA BERSAMA PEMUDA UMNO SEMPORNA"









Selaras dengan demam bola Sepak, FIFA World CUP yang akan berakhir, Tn. Hj. Aldam Hj. Abdullah Pengerusi Biro Belia Dan Sukan Pergerakan Pemuda Umno Semporna dengan kerjasama Pemilik Restoran Nur Jannah telah menganjurkan program " Jom Tengok Bola " sempena perlawanan akhir antara Sepanyol dan Belanda di Perkarangan Restoran Nur Jannah Taman Sempul yang dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Semporna,En. Mohd Azis bin Hj Jamman, yang turut dihadiri lebih kurang 1000 orang belia serta peminat bola sepak. Dalam ucapan beliau pada malam perasmian tersebut,beliau merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada yang sudi hadir ke program yang julung kalinya diadakan di Semporna dan dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Semporna dibawah seliaan Yang Berbahagia En Mohd Azis Hj Jamman. Beliau tidak menyangka program ini akan mendapat sambutan yang baik kerana masa perlawanan adalah masa yang sesuai untuk tidur dan berehat di rumah iaitu pada pukul 02.30 pagi,tetapi oleh kerana semangat kesukanan dan semangat luar biasa yang ada dalam diri pemuda-pemuda sekarang, mereka berfikiran terbuka untuk sama-sama menonton perlawanan final bersama Ketua Pemuda dan Pergerakannya dan menyokong sepenuhnya kepada program ini. Pada malam program tersebut, ada 4 acara yang dianjurkan sebagai aktiviti sementara menunggu masa perlawanan. Antaranya Acara Teka Bola iaitu meneka jumlah goal kedua-dua pasukan, kedua, acara Timang Bola, ketiga, acara Penalty iaitu menendang bola ke gawang goal dalam keadaan mata ditutup dan yang keempat,acara pertandingan tarian shuffle untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Salah seorang dari yang hadir malam itu En Norsyarfizan bin Madsakiran mengatakan bahawa inilah kali pertama anjuran seperti ini diadakan di Semporna,beliau merakamkan terima kasihnya kepada KP Umno Semporna dan Pergerakannya bagi pihak belia-belia kerana peka dan perihatin kepada kehendak dan citarasa belia kini.

Tuesday, March 2, 2010

Program Mesra Rakyat Anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Semporna




Semporna, 28 Feb 2010 - Pergerakan Pemuda UMNO Semporna telah menganjurkan Program Mesra Rakyat yang disempurnakan oleh YB Dato Mukhriz Tun Mahathir di Kampung Bubul Semporna. Di dalam ucapannya, YB Dato Mukhriz telah menekankan bahawa pentingnya bagi rakyat Malaysia menghargai keharmonian kaum yang telah sekian lama terjalin sehingga menjadikan Malaysia merupakan satu-satunya negara yang boleh hidup dalam keadaan aman walaupun mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO juga telah berjaya meletakkan nama Malaysia ini dipentas antarabangsa. Jasa-jasa kerajaan Barisan Nasional didalam memastikan tiada rakyat yang terpinggir perlu diberi pengiktirafan dan dipertahankan.YB Dato Mukhriz juga telah menasihatkan masyarakat didaerah Semporna agar tidak terpengaruh dengan hasutan dan mainan politik parti pembangkang khasnya Anwar Ibrahim yang sering mencari jalan untuk mengwujudkan keadaan kucar-kacir di dalam negara dan memecahbelahkan kaum demi cita-cita politik iaitu ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Hubungan parti-parti pembangkang didalam pakatan rakyat juga sebenarnya hanyalah hubungan tanpa keserasian kerana perbezaan ideologi ketara antara mereka hingga mengakibatkan akhir-akhir ini ramai pemimpin-pemimpin mereka sendiri bertindak keluar daripada parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Golongan muda juga diingatkan agar tidak terpengaruh dengan isu-isu lapuk seperti isu Anwar Ibrahim sebenarnya adalah mangsa konspirasi kerana jika benarlah Dato Seri Anwar tidak bersalah, beliau tidak sepatutnya mencari pelbagai helah demi menangguh dan melewat-lewatkan perbicaraan kes liwat beliau di Mahkamah. Dato Seri Anwar sepatutnya tidak mahu kes itu berlarutan kerana pastinya beliau mahu nama beliau secepatnya dibersihkan melalui keputusan mahkamah. Isu-isu seperti mahkamah berat sebelah, pihak polis adalah agen kerajaan, dan SPRM bersifat memilih bulu sebenarnya adalah isu lama yang digunakan oleh Dato Seri Anwar bagi mengwujudkan keraguan keatas institusi-institusi berkecuali tersebut oleh rakyat. Dalam pada itu juga, pemimpin dan ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi juga diingatkan agar terus bersatu dan berhenti bercakaran sesama sendiri kerana perpecahan seperti itu akan mengakibatkan parti menjadi lemah. Ahli-ahli UMNO juga perlu berjuang dengan ikhlas dan tidak terlalu memikir kepentingan diri. Dalam majlis yang sama, YB Dato Mukhriz mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sdr Mohd Azis B Hj Jamman selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Semporna dan Sdr Mahadi Jaya selaku ketua masyarakat di Kampung Bubul kerana menganjurkan program yang sememangnya menepati saranan YAB Perdana Menteri Malaysia agar mendahulukan rakyat, prihatin terhadap kesusahan rakyat dan yang paling penting membantu kepimpinan didalam memastikan segala permasalahan rakyat dapat diambil perhatian. Pada majlis itu juga YB Dato Mukhriz telah membuat sumbangan peribadi kepada 20 orang fakir miskin berbentuk keperluan harian rumah dan wang tunai bagi membantu meringankan beban harian mereka. Dalam program yang sama juga, Pergerakan Pemuda UMNO Semporna melalui ketuanya Sdr Mohd Azis Bin Hj Jamman telah menyerahkan sumbangan berbentuk peralatan sukan kepada 50 orang sukarelawan Karnival Sukan Rakyat (KASURA) anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Semporna pada 31 Disember 2009 yang lepas. Penerima adalah terdiri daripada Ketua-Ketua Pemuda Cawangan yang telah sukarela untuk membantu bagi menjayakan Karnival Sukan Rakyat yang lepas. Terdahulu daripada itu, YB Dato Mukhriz telah menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah di Pulau Mabul Semporna. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Sdr Jamawi Jaafar selaku Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenom, Puan Manis Muka Bt Hj Dara Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Semporna, Ketua Kampung Bubul Semporna, Wakil daripada Pergerakan Putri UMNO Bahagian Semporna serta semua ahli jawatankuasa pergerakan Pemuda UMNO Semporna.